Friday 12 December 2014

AJK SURAU NURUL FURQAN SK CHEMARA





Sunday 7 December 2014

SEJARAH PENUBUHAN SURAU NURUL FURQAN

SURAU NURUL FURQAN SK CHEMARA


SEJARAH PENUBUHAN SURAU NURUL FURQAN SK CHEMARA


    Pembinaan surau baru ini pada awalnya telah diilhamkan oleh Guru Besar iaitu Encik Ahmad Bin Hassan pada awal tahun 1999. Beliau telah mengusulkan dalam mesyuarat AJK PIBG. Ekoran daripada itu maka satu jawatankuasa Pembinaan Surau telah ditubuhkan di kalangan AJK PIBG dan Guru SK Chemara dengan dipengerusikan oleh Encik Ahmad Radzi Bin Omar.
      Pihak jawatankuasa pembinaan surau telah mengemukakan             permohonan pembinaan surau baru pada 4 Mei 1999 kepada Jabatan   Pelajaran Negeri bersama-sama    pelan kedudukan surau lama dan baru. Namun begitu pada 17 Mei 1999, Encik Ahmad Hassan telah  bersara. Guru Besar baru, Tuan Haji Yahya bin Abdullah meneruskan usaha dengan membuat permohonan semula kepada Unit Pembangunan dan Bekalan tetapi Khidmat Tuan Haji Yahya Abdullah tidak lama kerana beliau memilih untuk bersara awal iaitu pada 16 Oktober 1999.

       Usaha murni ini diteruskan pula  oleh Allahyarham Tuan Haji
       Yusof Disa. Setelah mendapat      kelulusan daripada Jabatan Agama Islam untuk membuat kutipan derma khairat (seksyen 103 undang-undang pentadbiran Agama Islam No.9/1962). Pungutan derma khairat telah dijalankan dengan mengupah pemungut-pemungut derma yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Kedah . Selain itu, pihak sekolah juga     mendapat sumbangan daripada pembayar zakat, waris serta orang perseorangan.
    Pada 23 Disember 2000,      pembinaan surau fasa 1, iaitu    pembinaan kerangka bawah dan tiang siap sepenuhnya dan diteruskan dengan fasa 2, Setelah siap 70% fasa kedua, Allahyarham Tuan Haji Yusof Disa ditukarkan ke SK Hujung Bandar pada  16 Mei 2001.

   Pengganti beliau, Puan Hajjah Noraini Hassan meneruskan usaha ini dengan membuat  permohonan untuk melanjutkan tempoh pungutan derma.  Surat permohonan ini dikemukakan pada  26 Ogos 2001 dan diluluskan oleh
       Jabatan Agama Islam Kedah sehingga 23 September 2002.       
               
    Pembinaan surau peringkat awal, telah terhenti pada penghujung September 2001  dengan kos pembinaannya  berjumlah  RM 29255.34.
      Masalah kewangan menyebabkan pembinaan surau ini terpaksa dihentikan.

 Bagi meneruskan projek pembinaan surau ini pihak sekolah di bawah   pentadbiran Puan Hajjah Noraini Binti Hassan mendapat  cadangan           daripada AJK telah mengambil       inisiatif dengan membuat permohonan kepada Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putra Jaya untuk        perhatian YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Timbalan       Perdana Menteri Malaysia pada   ketika itu, melalui surat yang           bertarikh   1  November 2001.
          
     Usaha yang berterusan daripada seluruh AJK dan warga SKC,    permohonan itu telah diluluskan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia pada         pertengahan Mei 2002. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T projek pembinaan  surau diteruskan sehingga siap sepenuhnya pada Januari 2003.

  Surau ini  digunakan  secara tidak rasmi pada sesi persekolahan 2003. Pada 21 Jun 2003 M  bersamaan 11 Rabiulakhir 1424 H surau SK Chemara yang            dinamakan Surau Nurul Furqan telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman iaitu Penasihat  Agama Islam bertaraf Menteri kepada  Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad.
      
  Surau Nurul Furqan digunakan sepenuhnya untuk pengajaran & pembelajaranserta aktiviti yang berkaitan keagamaan seperti ceramah, amali solat, bacaan yasin setiap minggu,     program tasmik serta khatam Al Quran.





visi dan misi surau nurul furqan

PENGENALAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t terbinalah sebuah surau di Sekolah Kebangsaan Chemara yang dinamakan Surau Nurul Furqan. Berkat usaha dan kerjasama daripada semua guru, para waris serta komitmen yang tinggi daripada ahli jawatankuasa pembinaan surau telah berjaya menyiapkan projek pembinaan surau. Pembiayaan surau ini adalah hasil sumbangan guru-guru dan semua waris. Selain itu sumbangan juga turut diterima daripada orang ramai serta sumbangan daripada orang perseorangan .


VISI


SURAU NURUL FURQAN

CEMERLANG

MENJELANG 2015


MISI


Memantapkan
penghayatan amali
&
rohani ke arah
kecemerlangan yang
seimbang


 MATLAMAT

Pembinaan surau ini adalah
diharapkan dapat memberi
keselesaan kepada pelajar-pelajar
SK Chemara dalam menjalani proses
pengajaran & pembelajaran yang
berhubung dengan tuntutan agama
serta kemasyarakatan. Selain itu,
usaha ini juga dapat melahirkan
pelajar-pelajar yang cemerlang
sahsiah dan ketinggian akal budi.
Seterusnya akan melahirkan
generasi yang berilmu,
berketrampilan dan sentiasa
berbakti dengan ikhlas serta
jujur kepada
Agama, Negara dan Bangsa.



OBJEKTIF


 1.  Memberi keselesaan kepada para pelajar serta guru-guru dalam menjayakan proses pengajaran  & pembelajaran dengan lebih sempurna& berkesan


   2.   Pengajaran & Pembelajaran yang berkesan akan melahirkan
insan-insan yang bersopan dan berakhlak mulia.

  3.   Menyediakan diri pelajarsupaya peka dengan sebarang isu dan fahaman yang menyeleweng dan boleh merosakkan akidah

  4.  Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, beramal danbertaqwa kepada Allah S.W.T

  5.  Membudayakan pelajar-pelajar dengan cara hidup yang dituntut oleh Agama  Islam sebagai benteng utama pemantapan akidah bagi menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan