SEJARAH PENUBUHAN SURAU NURUL FURQAN
SEJARAH PENUBUHAN SURAU NURUL FURQAN SK CHEMARA
Pembinaan surau baru ini pada awalnya telah diilhamkan oleh Guru Besar iaitu Encik Ahmad Bin Hassan pada awal tahun 1999. Beliau telah mengusulkan dalam mesyuarat AJK PIBG. Ekoran daripada itu maka satu jawatankuasa Pembinaan Surau telah ditubuhkan di kalangan AJK PIBG dan Guru SK Chemara dengan dipengerusikan oleh Encik Ahmad Radzi Bin Omar.
Pihak jawatankuasa pembinaan surau telah mengemukakan permohonan pembinaan surau baru pada 4 Mei 1999 kepada Jabatan Pelajaran Negeri bersama-sama pelan kedudukan surau lama dan baru. Namun begitu pada 17 Mei 1999, Encik Ahmad Hassan telah bersara. Guru Besar baru, Tuan Haji Yahya bin Abdullah meneruskan usaha dengan membuat permohonan semula kepada Unit Pembangunan dan Bekalan tetapi Khidmat Tuan Haji Yahya Abdullah tidak lama kerana beliau memilih untuk bersara awal iaitu pada 16 Oktober 1999.
Yusof Disa. Setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam untuk membuat kutipan derma khairat (seksyen 103 undang-undang pentadbiran Agama Islam No.9/1962). Pungutan derma khairat telah dijalankan dengan mengupah pemungut-pemungut derma yang telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Kedah . Selain itu, pihak sekolah juga mendapat sumbangan daripada pembayar zakat, waris serta orang perseorangan.
Pada 23 Disember 2000, pembinaan surau fasa 1, iaitu pembinaan kerangka bawah dan tiang siap sepenuhnya dan diteruskan dengan fasa 2, Setelah siap 70% fasa kedua, Allahyarham Tuan Haji Yusof Disa ditukarkan ke SK Hujung Bandar pada 16 Mei 2001.
Pengganti beliau, Puan Hajjah Noraini Hassan meneruskan usaha ini dengan membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh pungutan derma. Surat permohonan ini dikemukakan pada 26 Ogos 2001 dan diluluskan oleh
Jabatan Agama Islam Kedah sehingga 23 September 2002.
Pembinaan surau peringkat awal, telah terhenti pada penghujung September 2001 dengan kos pembinaannya berjumlah RM 29255.34.
Masalah kewangan menyebabkan pembinaan surau ini terpaksa dihentikan.
Bagi meneruskan projek pembinaan surau ini pihak sekolah di bawah pentadbiran Puan Hajjah Noraini Binti Hassan mendapat cadangan daripada AJK telah mengambil inisiatif dengan membuat permohonan kepada Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putra Jaya untuk perhatian YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, melalui surat yang bertarikh 1 November 2001.
Usaha yang berterusan daripada seluruh AJK dan warga SKC, permohonan itu telah diluluskan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia pada pertengahan Mei 2002. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T projek pembinaan surau diteruskan sehingga siap sepenuhnya pada Januari 2003.
Surau Nurul Furqan digunakan sepenuhnya untuk pengajaran & pembelajaranserta aktiviti yang berkaitan keagamaan seperti ceramah, amali solat, bacaan yasin setiap minggu, program tasmik serta khatam Al Quran.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home